PRIVASI

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi.
Kami komited melindungi semua Data Peribadi yang kami simpan dan menyediakan khidmat pelanggan terbaik
kepada pelanggan kami. CELCOM terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua peraturan,
standard dan garis panduan yang berkaitan seperti yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa menurut Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tataamalan Perlindungan Data Peribadi bagi
Pemegang Lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998), Tataamalan Umum Pengguna bagi Industri
Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menerangkan beberapa
prinsip tentang perlindungan pengguna di Malaysia.
Privasi anda penting bagi kami, oleh itu sila luangkan masa untuk memahami amalan privasi kami.
Bagi tujuan Notis Privasi (“Notis”) ini:
“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat berkaitan pelanggan CELCOM yang telah diberikan oleh pelanggan
kepada CELCOM atau disediakan untuk CELCOM berikutan wujudnya kontrak pelanggan dengan CELCOM, contohnya
nama, No. Kad Pengenalan/Pasport, alamat, maklumat tentang urus niaga pelanggan dengan CELCOM seperti
maklumat hubungan, maklumat kad kredit/debit dan butiran akaun bank, baki akaun, sejarah pembayaran, lokasi
telefon bimbit (untuk membolehkan sambungan kepada rangkaian kami), imej anda yang dirakam oleh anda ke
platform dalam talian kami (seperti aplikasi Celcom Life), imej anda yang dirakam melalui kamera litar tertutup
semasa anda mengunjungi cawangan atau pejabat kami, rakaman panggilan telefon yang anda buat ke pusat
perkhidmatan atau pusat hubungan kami dan aktiviti akaun; perkataan “anda” dan “pelanggan” merangkumi bekas
pelanggan, pelanggan semasa atau bakal pelanggan CELCOM, termasuk pelanggan rangkaian lain yang membuat
perayauan dengan CELCOM;
“Data Peribadi Sensitif” merangkumi maklumat seperti kesihatan atau keadaan fizikal atau mental pelanggan,
pandangan politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang sama sifatnya, perlakuan atau dakwaan
perlakuan apa-apa kesalahan atau apa-apa Data Peribadi lain yang ditentukan oleh undang-undang; dan
1. SKOP
Notis ini terpakai untuk pemprosesan Data Peribadi oleh semua unit operasi dan perniagaan CELCOM apabila anda
menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami serta menggunakan atau menerima produk dan/atau
perkhidmatan kami. Jika mana-mana unit operasi atau perniagaan CELCOM sudah pun mempunyai notis
perlindungan data yang khusus; Notis ini akan menggantikan apa-apa notis tersebut.
2. TANGGUNGJAWAB
Bahagian Khidmat Pelanggan bertanggungjawab terhadap akses dan pembetulan Data Peribadi, notis dan proses
pemilihan oleh pelanggan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi, dan Bahagian Pejabat Etika dan Privasi
bertanggungjawab terhadap pemantauan pentadbiran Notis ini dan pemantauan pematuhan di seluruh syarikat.
3. TARIKH KUAT KUASA DAN PERUBAHAN TERHADAP NOTIS INI
Notis ini berkuat kuasa dari 1 Ogos 2013 dan kali terakhir ia dikemaskinikan pada 23 Julai 2019. Kami berhak
mengubah suai, mengemas kini dan/atau meminda Notis ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis
terdahulu yang munasabah kepada anda. Kami akan memberitahu anda tentang apa-apa pindaan melalui
pengumuman di laman web kami atau cara pemberitahuan lain yang sesuai. Sila kunjungi laman web kami di
www.celcom.com.my dari semasa ke semasa untuk melihat jika terdapat apa-apa pindaan terhadap Notis ini. Apaapa pindaan terhadap Notis ini akan berkuat kuasa selepas diterbitkan di laman web kami. Jika anda terus
berkomunikasi dengan kami, menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami dan/atau menggunakan
atau menerima produk dan/atau perkhidmatan kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan terhadap Notis ini,
anda akan dianggap bersetuju dan menerima pindaan tersebut.
4. PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
4.1 Prinsip Am:
4.1.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh kami semasa Data Peribadi dikumpul, anda dikehendaki memberikan
Data Peribadi yang diminta kepada kami bagi membolehkan anda menggunakan rangkaian kami dan/atau
menerima produk dan/atau perkhidmatan kami. Jika anda gagal memberikan Data Peribadi yang dikehendaki
kepada kami atau jika Data Peribadi itu tidak mencukupi atau tidak memuaskan hati kami, kami mungkin tidak
dapat memproses permohonan anda dan/atau menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami
kepada anda.
4.1.2 Apabila anda mendaftarkan diri untuk produk dan perkhidmatan kami atau meminta apa-apa maklumat
daripada kami untuk melaksanakan urus niaga komersil, anda membenarkan kami mengumpul dan
memproses Data Peribadi anda. Kami akan menggunakan, memproses, merekodkan, memegang, menyimpan,
berkongsi dan mendedahkan (“memproses”) Data Peribadi dengan kebenaran anda.
4.1.3 Penggunaan rangkaian kami, kunjungan ke laman web kami dan penggunaan produk dan/atau perkhidmatan
kami secara berterusan akan dianggap sebagai persetujuan daripada anda untuk kami memproses Data
Peribadi anda.
4.1.4 Kami akan merekodkan dan menyelenggara rekod kebenaran anda melalui penggunaan berterusan rangkaian
kami, produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda seperti yang terdapat dalam pangkalan data pelanggan
aktif kami.
4.1.5 Jika anda di bawah umur 18, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda yang
sah sebelum menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami.
4.1.6 Kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada borang permohonan pelanggan, borang pendaftaran
prabayar, sistem pengurusan hubungan pelanggan, sistem rangkaian kami, dan juga pihak ketiga yang
berurusan dengan kami atau mempunyai hubungan dengan anda atau sesiapa yang mendapat kebenaran
anda untuk memproses Data Peribadi anda (sebagai contoh, agensi rujukan/pelaporan kredit, institusi
kewangan atau agensi kawal selia atau penguatkuasaan undang-undang) untuk mengakses keperluan anda
dan menyediakan khidmat yang lebih baik kepada anda. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda
apabila anda berkomunikasi dengan kami, mendaftar atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan
tertentu, menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami, mengambil bahagian dalam kajian
dan pertandingan kami, memulakan hubungan perniagaan dengan kami, menyediakan maklum balas kepada
kami atau membuat aduan kepada kami.
4.1.7 Melainkan menurut Notis ini dan kecuali seperti yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah mana-mana
enakmen, undang-undang, statut atau kanun, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data
Peribadi anda tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada anda.
4.1.8 Anda akan diberikan peluang untuk “tidak membenarkan” Data Peribadi anda digunakan bagi tujuan yang
tidak berkait secara langsung dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami
semasa kami meminta Data Peribadi anda. Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk “tidak
membenarkan”, kami mungkin tidak dapat menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu
untuk anda dan langganan atau permohonan anda untuk rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu
mungkin ditolak, dinafikan atau tidak dibenarkan oleh kami.
4.1.9 Kami bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk mendedahkan nombor telefon bimbit anda kepada
pengendali rangkaian lain bagi membolehkan/membantu penggunaan rangkaian, produk dan/atau
perkhidmatan kami. Jika anda enggan membenarkan pendedahan tersebut, kami mungkin tidak dapat
meneruskan penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami untuk penggunaan berterusan oleh
anda.
4.2 Notis dan Prinsip Pemilihan:
4.2.1 Sila ambil maklum bahawa kami akan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang berikut:
• menilai dan memproses permohonan atau langganan anda bagi mana-mana produk dan/atau perkhidmatan
kami, dan mengesahkan identiti anda atau menilai kepercayaan kredit anda untuk menyediakan mana-mana
produk dan/atau perkhidmatan kepada anda;
• menyediakan, mengendalikan dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta;
• memproses bayaran anda bagi mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk menyediakan bil
kepada anda, menyelenggara rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran kad kredit/debit dan
membantu pembayaran bagi apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada kami;
• menyediakan sokongan rangkaian, pengurusan dan pengoptimuman rangkaian, khidmat sokongan
pelanggan dan khidmat lain yang berkaitan kepada anda, termasuk mengendalikan apa-apa pertanyaan
atau aduan;
• mewujudkan dan menyelenggara pangkalan data am pelanggan;
• memproses data bersama entiti khidmat luar yang berada di dalam dan luar Malaysia;
• memprofilkan keutamaan penggunaan dan pembelian anda, termasuk dengan menganalisis cara anda
menggunakan rangkaian, laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami secara peribadi atau agregat
untuk mengumpul maklumat demografi, minat dan tingkah laku secara meluas supaya kami dapat
memahami anda dengan lebih baik dan dapat menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami menurut
keutamaan anda;
• melindungi data kami dan/atau anda yang berkaitan dengan kehidupan, kematian dan/atau keselamatan,
yang mungkin dianggap sebagai kepentingan utama kami dan/atau anda;
• pentadbiran keadilan;
• menyediakan maklumat, promosi dan laporan kemas kini yang merangkumi bahan pemasaran dan
pengiklanan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
• mempromosikan produk, perkhidmatan dan/atau tawaran istimewa daripada organisasi yang dipilih oleh
kami (“peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami”) yang menawarkan produk dan/atau perkhidmatan
yang kami fikirkan dapat menarik minat anda, dan termasuk pengiklanan yang disesuaikan/disasarkan bagi
produk, perkhidmatan dan/atau tawaran istimewa pihak ketiga;
• menjalankan penyelidikan atau kajian pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti pemprofilan pelanggan,
analisis corak, tingkah laku dan pilihan pelanggan, analisis perancangan dan statistik, termasuk penyediaan
laporan analisis tersebut dan penggunaan hasil analisis bagi pelbagai tujuan, termasuk pembangunan dan
pemasaran produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pihak ketiga terpilih kami;
• untuk membuat statistik agregat mengenai jualan, perkhidmatan, pelanggan, corak trafik rangkaian dan
lokasi, yang kami mungkin berikan kepada pihak ketiga. Statistik agregat tersebut tidak mengandungi
maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi melalui penggunaan cara yang mungkin
munasabah digunakan oleh kami atau oleh mana-mana orang lain;
• menghantar pengumuman khidmat awam atau ucapan musim perayaan sama ada bagi pihak kami atau
bagi pihak lain (tanpa mendedahkan data peribadi anda);
• membantu pemindahan nombor telefon bimbit anda kepada penyedia perkhidmatan lain;
• menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu atau pertikaian antara anda dengan kami, termasuk
mempertahankan tuntutan yang dibuat terhadap, atau YANG MELIBATKAN kami;
• melaksanakan apa-apa fungsi yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undangundang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan; dan/atau
• memenuhi apa-apa tujuan lain atau tujuan sampingan yang berkaitan untuk mengendalikan,
menyelenggara dan menguruskan penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, dan juga
hubungan perniagaan kami yang lebih baik dengan anda.
4.3 Prinsip Pendedahan:
4.3.1 Kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi anda bagi tujuan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang
digariskan dalam Notis ini; untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau perintah mahkamah; bagi
tujuan mencegah atau mengesan jenayah, atau bagi tujuan penyiasatan; atau jika anda telah memberikan
kebenaran bagi pendedahan tersebut.
4.3.2 Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang berikut:
• syarikat dan organisasi yang membantu kami dalam pelaksanaan kontrak kami atau penyediaan apa-apa
rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta atau langgan;
• syarikat dan organisasi bagi pematuhan terhadap apa-apa obligasi undang-undang dan/atau
pengawalseliaan dan kami adalah subjeknya, selain apa-apa obligasi yang dikenakan di bawah kontrak kami
dengan pelanggan;
• syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai saluran pembayaran kami termasuk dan tidak terhad,
institusi kewangan bagi tujuan menyelenggara rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran kad
kredit/debit dan membantu pembayaran bagi apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada kami;
• penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga lain yang dilantik oleh kami sama ada secara berasingan atau
bersesama dengan penyedia perkhidmatan lain, bagi tujuan mewujudkan dan menyelenggara pangkalan
data am pelanggan atau memproses data sebagai entiti khidmat luar yang berada dalam dan luar Malaysia;
• syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai ejen atau kontraktor kami bagi tujuan mendapatkan apa-apa
amaun yang perlu dibayar kepada kami;
• wakil penjual dan ejen kami yang bekerja bersama kami untuk menyediakan atau memasarkan dan menjual
produk dan/atau perkhidmatan kami;
• penasihat profesional kami termasuk peguam, akauntan, penasihat dan juruaudit cukai, atas dasar “perlu
tahu”;
• badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan yang lain untuk
mematuhi keperluan di bawah undang-undang atau mengesan atau mencegah jenayah dan/atau penipuan;
• mana-mana pihak yang terlibat atau berkaitan dengan prosiding undang-undang, bagi tujuan prosiding;
• penyedia kredit atau agensi pelaporan kredit termasuk tetapi tidak terhad kepada Defaulters Database
Management Facility (inisiatif oleh pengendali rangkaian di Malaysia untuk menentukan kelayakan kredit
pelanggan) dan CTOS atau agensi pencegahan penipuan;
• mana-mana pihak ketiga (dan penasihat/wakilnya) berhubung dengan apa-apa penyusunan semula,
penyatuan, penjualan, penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan, amalan
pembiayaan atau jualan aset/saham yang dicadangkan atau sebenar yang berkaitan dengan semua atau
mana-mana bahagian perniagaan kami atau sekiranya ada kemungkinan berlakunya ketaksolvenan,
kebankrapan atau penerimaan, dan Data Peribadi anda akan dipindahkan; dan/atau
• mana-mana pihak ketiga lain yang berkaitan atau terlibat dalam pelaksanaan kontrak kami dengan anda,
penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, atau berkaitan dengan penjagaan
hubungan perniagaan kami dengan anda.
4.3.3 Pemasaran Langsung: Kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk menghantar maklumat, promosi
dan laporan kemas kini kepada anda termasuk bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan
produk dan/atau perkhidmatan kami dan juga peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami yang mungkin
menarik minat anda. Selaras dengan perkara ini:
• Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami
yang anda melanggan produk dan/atau perkhidmatannya dan memerlukan pendedahan tersebut dan/atau
anda membenarkan pendedahan tersebut.
• Dengan kebenaran anda, kami dan/atau peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami mungkin
menghantar komunikasi pemasaran tentang produk dan/atau perkhidmatan kepada berdasarkan keutamaan
dan minat anda.
• Jika anda tidak mahu lagi menerima apa-apa komunikasi pemasaran tersebut daripada kami dan/atau
peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami, anda boleh memilih untuk tidak menerima pemasaran
langsung tersebut dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan yang disenaraikan dalam Notis ini.
Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima pemasaran langsung itu, kami masih
boleh menghantar komunikasi bahan bukan pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan produk
dan/atau perkhidmatan yang anda langgan.
4.3.4 Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada subsidiari kami, syarikat induk Axiata Group Berhad
atau mana-mana entiti lain yang memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang digariskan dalam
perenggan 4.2.1.
4.4 Prinsip Keselamatan:
4.4.1 Kami bertanggungjawab untuk mengambil langkah berhemat bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan
semua Data Peribadi, termasuk mengambil langkah prosedur, organisasi dan teknikal yang sewajarnya untuk
melindungi Data Peribadi daripada kemusnahan yang tidak disengajakan atau tidak sah atau kehilangan,
pindaan atau pendedahan yang tidak disengajakan. Kami akan mengambil beberapa langkah perlindungan,
yang sesuai dengan sensitiviti Data Peribadi, untuk melindungi Data Peribadi daripada kehilangan atau
kecurian, dan juga akses, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.
4.4.2 Langkah ini termasuk menandatangani perjanjian bertulis dengan subkontraktor yang memproses Data
Peribadi menurut arahan kami dan sekurang-kurangnya memasukkkan standard perlindungan data kami, dan
menghendaki subkontraktor tersebut supaya menyediakan jaminan yang mencukupi berkaitan langkah
keselamatan teknikal dan organisasi yang mengawal pemprosesan Data Peribadi, serta memastikan
subkontraktor itu mengambil langkah yang munasabah untuk mematuhi langkah tersebut.
4.5 Prinsip Penyimpanan:
Data anda akan disimpan mengikut tujuan ia dikumpul dan diproses, atau bagi tujuan pematuhan terhadap
apa-apa keperluan undang-undang, kawal selia atau keperluan dalaman. Kami akan mengambil semua
langkah yang munasabah untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadam secara kekal
jika ia tidak lagi diperlukan mengikut tujuan ia dikumpul dan diproses.
4.6 Prinsip Integriti Data:
4.6.1 Kami berusaha menyelenggara Data Peribadi pelanggan yang lengkap, terkini dan tepat. Apa-apa Data
Peribadi yang tidak tepat yang dibawa kepada pengetahuan kami akan dibetulkan secepat mungkin selepas
pemberitahuan. Prosedur akan dikekalkan untuk memastikan apa-apa ketaktepatan yang dilaporkan
dikendalikan dengan segera dan berkesan dan semua Data Peribadi kekal tepat, terkini dan lengkap.
4.6.2 Anda bertanggungjawab memberikan Data Peribadi yang lengkap, terkini dan tepat kepada kami. Kegagalan
memberikan Data Peribadi yang lengkap, terkini dan tepat kepada kami seperti yang dikehendaki dalam
perjanjian termasuk borang pendaftaran atau apa-apa tambahan pada perjanjian/borang itu, mungkin
menyebabkan permohonan anda untuk mendapatkan produk dan/atau perkhidmatan kami ditolak,
perkhidmatan atau perjanjian ditamatkan dan/atau surat-menyurat daripada kami termasuk tetapi tidak
terhad, penyata bil gagal dihantar kepada anda. Dalam keadaan tersebut, kami tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa-apa tuntutan atau aduan daripada anda yang timbul daripadanya.
4.7 Prinsip Akses:
Anda berhak mengakses Data Peribadi anda yang berada dalam pemilikan atau kawalan kami dan anda boleh
meminta Data Peribadi anda dipinda bagi tujuan ketepatan dan kesempurnaan. Kami mungkin mengenakan
sedikit fi (amaun seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang terpakai) untuk menampung kos
pentadbiran yang terlibat dalam pemprosesan permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi. Dengan tidak
menyentuh perkara ini, kami boleh bergantung pada apa-apa pengecualian berkanun dan/atau kekecualian
untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda. Jika anda ingin mengakses Data
Peribadi anda, sila hubungi kami melalui butiran hubungan yang disenaraikan dalam Notis ini.
5. PEMINDAHAN DATA PERIBADI DI LUAR MALAYSIA
5.1.1 Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang berada di dalam dan luar Malaysia
yang menyediakan khidmat luar bagi penyimpanan data atau pemprosesan data bagi pihak kami, jika anda
menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami daripada negara selain Malaysia (contohnya,
perayauan antarabangsa).
• Anda membenarkan kami memindahkan Data Peribadi anda di luar Malaysia jika berlaku keadaan ini.
• Anda mengambil maklum bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara yang mungkin tidak
menawarkan tahap perlindungan data yang sama dengan tahap perlindungan di Malaysia.
• Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi secukupnya,
termasuk menjalankan kajian keselamatan data terhadap mana-mana penerima data, menyediakan kontrak
dengan penerima tersebut dan juga menghendaki penerima itu memastikan Data Peribadi anda tidak akan
diproses dalam cara yang, jika negara itu Malaysia, melanggar undang-undang perlindungan data yang
terpakai di Malaysia.
6. DATA PERIBADI SENSITIF
6.1 Jika terdapat keperluan, kami akan mendapatkan kebenaran nyata daripada anda sebelum atau semasa kami
memproses Data Peribadi Sensitif.
6.2 Kami mungkin memproses Data Peribadi Sensitif tanpa kebenaran anda hanya dalam keadaan tertentu seperti
yang dibenarkan oleh undang-undang.
7. LAMAN WEB CELCOM
7.1 Kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan melalui pelbagai laman web. Semasa anda mengunjungi
laman web kami, pelayan web secara umumnya merekod maklumat tanpa nama seperti masa, tarikh dan URL
bagi permintaan tersebut. Maklumat ini membantu kami menambah baik struktur laman web dan memantau
prestasinya. Dari semasa ke semasa, kami juga mungkin menggunakan pihak ketiga untuk menganalisis
maklumat tanpa nama ini.
7.2 Sebagai keperluan mandatori dalam penggunaan laman web kami, kami mungkin menghendaki maklumat
standard seperti pengenalan log masuk, kata laluan, Data Peribadi, butiran hubungan dan nombor pengenalan
bagi tujuan pengesahan. Maklumat ini perlu untuk kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang
anda pohon. Anda dikehendaki mengekalkan kerahsiaan pengenalan log masuk dan kata laluan anda yang
membolehkan anda mengakses laman web kami. Kami ingin menekankan bahawa kami tidak dapat
melindungi Data Peribadi anda jika anda sendiri mendedahkan pengenalan log masuk dan kata laluan kepada
orang lain, dan oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap pendedahan Data Peribadi tersebut.
8. ALAMAT IP DAN KUKI
8.1 Kami juga mengumpul alamat Protokol Internet (IP). Alamat IP diberikan kepada komputer yang mempunyai
sambungan Internet untuk mengenal pastinya secara unik dalam rangkaian global. Kami mengumpul dan
menguruskan alamat IP sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang menyediakan pengurusan sesi
Internet dan bagi tujuan keselamatan.
8.2 Laman web kami mungkin menghantar “kuki” kepada komputer anda, yang membolehkan kami menyimpan
maklumat pada komputer anda semasa anda mengunjungi laman web kami. Kuki ialah pakej data yang
membenarkan pelayan kami mengenal pasti dan berinteraksi dengan komputer anda dengan lebih berkesan
tanpa perlu menghabiskan masa untuk mengenal pasti setiap pelanggan, dan oleh itu turut menyediakan
kemudahan log masuk tambahan. Anda boleh menetapkan konfigurasi dan memperibadikan pelayar semasa
anda untuk tidak bersetuju, menolak atau memadam kuki tersebut.
8.3 Kuki juga membolehkan kami mengenal pasti computer anda dalam kunjungan berulang. Jenis maklumat
yang dikumpul adalah tanpa nama dan tidak peribadi (contohnya, alamat IP bagi komputer pelanggan, tarikh
dan masa kunjungan pelanggan, laman yang dilayari oleh pelanggan dan sama ada laman tersebut berjaya
dihantar). Selain menentukan ketersambungan dan komunikasi asas, kami juga mungkin menggunakan data
ini dalam bentuk agregat untuk membangunkan perkhidmatan yang disesuaikan dengan minat dan keperluan
individu anda. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda mungkin menerima peringatan serta-merta
(bergantung pada pelayar yang anda gunakan) sebelum menerima apa-apa kuki, atau menghalang pelayar
anda daripada menerima apa-apa kuki. Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin menyebabkan sesetengah
ciri laman web kami tidak dapat diakses.
9. PENGIKLANAN BERASASKAN MINAT
9.1 Pengiklanan Berasaskan Minat ialah cara menjadikan iklan di laman web yang anda kunjungi lebih relevan
kepada anda. Kami mengumpul maklumat tanpa nama tentang aktiviti pelayaran web dalam peranti anda
yang disambungkan ke Internet dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengaitkan pelayar anda
dengan satu kategori minat pratentu atau lebih. Langkah ini membolehkan kami menyediakan iklan yang
disesuaikan dengan minat anda. Pengiklanan Berasaskan Minat tidak mengubah jumlah pengiklanan yang
anda terima, sebaliknya ia hanya menjadikannya lebih relevan.
9.2 Anda boleh menetapkan konfigurasi dan memperibadikan pelayar semasa anda untuk tidak bersetuju,
menolak atau memadam pengumpulan maklumat Pengiklanan Berasaskan Minat. Walau bagaimanapun,
langkah ini mungkin menyebabkan sesetengah ciri laman web kami tidak dapat diakses.
10. ANALISIS DIGITAL
10.1 Kami mungkin mendapat akses kepada ciri demografi am yang dikaitkan dengan penggunaan rangkaian,
laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda dan kami mungkin menggunakan maklumat ini
untuk memulakan kempen atau kandungan pengiklanan yang disasarkan atau disesuaikan, serta menyediakan
khidmat sokongan rangkaian dan khidmat sokongan pelanggan yang lebih baik kepada anda.
10.2 Kami juga mungkin menghasilkan atau menyelenggara profil pelanggan kami dengan menggunakan sumber
data dalaman termasuk Data Peribadi anda atau Data Peribadi yang diperoleh daripada pihak ketiga yang
berkaitan atau bekerjasama dengan kami. Apa-apa maklumat yang kami hasilkan, kumpul atau analisis bagi
tujuan ini adalah sangat teragregat, tanpa nama dan dikategorikan ke dalam ciri demografi am seperti
wilayah, golongan umur, jantina atau tingkah laku. Maklumat yang dihasilkan dalam ciri demografi am yang
mungkin kami wujudkan tidak mengandungi Data Peribadi.
10.3 Kami mungkin berkongsi maklumat yang sangat beragregat dan tanpa nama ini dengan pihak ketiga yang
mungkin menggabungkannya dengan maklumat lain untuk menjalankan analisis audiens yang lebih
menyeluruh untuk kami dan pihak ketiga yang berkaitan atau bekerjasama dengan kami. Kami mungkin
menggunakan maklumat tersebut atau digabungkan dengan maklumat lain untuk mengedarkan pengiklanan
atau kandungan disasarkan atau disesuaikan kepada anda tanpa perlu mendedahkan apa-apa Data Peribadi
anda kepada pengiklan.
10.4 Dengan mengunjungi laman web atau menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, anda
membenarkan kami memproses apa-apa maklumat anda bagi tujuan analisis digital di atas. Jika anda tidak
membenarkan maklumat anda diproses melalui analisis digital bagi tujuan pemasaran langsung, anda boleh
memilih untuk tidak membenarkan analisis tersebut dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan
yang disenaraikan dalam Notis ini atau memilih untuk “tidak membenarkan” pada laman web kami. Walau
bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa analisis digital itu mungkin digunakan bagi tujuan lain yang perlu
bagi produk dan/atau perkhidmatan kami atau hubungan perniagaan kami dengan anda. Jika anda memilih
untuk tidak membenarkan analisis digital dijalankan bagi apa-apa tujuan selain pemasaran langsung, kami
mungkin tidak dapat menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda dan
langganan anda atau permohonan untuk rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu mungkin ditolak,
dinafikan atau tidak dibenarkan oleh kami.
10.5 Klik disini untuk memilih keluar daripada analisis digital. Mengklik pautan ini akan memasang kuki yang
membolehkan anda memilih keluar daripada analisis di celcom.com.my. Mengosongkan kuki anda atau
memadamkan kuki ini akan menghapuskan pilihan memilih keluar anda. Kuki pilihan keluar ini khusus kepada
pelayar ini dan di dalam peranti ini sahaja.
11. PAPARAN NOMBOR PANGGILAN
Kemudahan Paparan Nombor Panggilan (CND) kami membenarkan orang yang menerima panggilan telefon
mengenal pasti orang yang menelefon mereka melalui paparan nombor pemanggil. CND membentuk sebahagian
daripada perkhidmatan telefon biasa yang anda beli daripada kami. Melainkan anda memilih untuk menyekat nombor
telefon anda, atau mempunyai talian senyap (silent line), CND biasanya akan menyebabkan nombor telefon anda
dipaparkan (atau dilog) – dalam negara dan kadang kala di luar negara – pada telefon penerima panggilan. Dalam
kata lain, CND akan membolehkan pendedahan nombor telefon anda kepada penerima panggilan (dan pengendali
rangkaian lain) yang berada dalam dan di luar negara, melainkan anda mengambil langkah di atas. Jika anda tidak
mahu mendedahkan nombor anda kepada penerima panggilan, anda boleh melanggan perkhidmatan Sekatan
Pengenalan Nombor Pemanggil (CLIR) pada fi yang ditetapkan.
12. PAUTAN KE LAMAN WEB DAN PERKHIDMATAN LAIN
Jika mana-mana bahagian laman web kami menghubungkan anda kepada laman web lain, laman web tersebut tidak
beroperasi di bawah Notis ini dan kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti yang timbul daripada
laman web lain tersebut.
Begitu juga, jika anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk daripada peniaga atau rakan strategik pilihan
kami dan seterusnya anda memberikan Data Peribadi secara langsung kepada pihak ketiga itu, Data Peribadi
tersebut akan tertakluk pada notis atau dasar perlindungan privasi/data peribadi pihak ketiga itu (jika mereka
mempunyai notis atau dasar sedemikian) dan bukan Notis ini.
Kami mengesyorkan anda membaca dan memahami notis/dasar perlindungan privasi/data peribadi peniaga atau
rakan strategik pilihan kami itu supaya anda dapat memahami prosedur mereka tentang pengumpulan,
pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data peribadi sebelum menyerahkan Data Peribadi anda kepada
mereka.
Kami komited melindungi Data Peribadi semua pelanggan yang berurusan dengan kami. Jika anda
mempunyai apa-apa soalan, keraguan atau aduan berhubung dengan Notis ini atau cara kami
mengendalikan Data Peribadi anda, sila hubungi kami melalui, nombor di bawah jika berkenaan:
Dail 1111 – daripada Celcom Mobile
Dail +6019 6011111 – daripada pengendali lain
Dail *123# – daripada Celcom Mobile semasa berada di luar negara
Dail +6019 6011111 – daripada pengendali lain semasa berada di luar negara
Anda juga boleh menulis kepada PENTADBIR di http://www.celcom.com.my/support/contact-us